SEBELUM NAK REPORT & BLOK

SEBELUM NAK REPORT & BLOK

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:


مَن نَفَّسَ عن مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ... 


“Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, maka Allah SWT akan melapangkannya daripada kesusahan di hari Kiamat ..."
[Sahih Muslim, no. hadith 2699]

Sumber: JAKIM

 


 

Makin kita rasa beratnya masalah kita, makin banyak kita permudahkan urusan orang lain.

Kita tak sedar bila kita buat macam tu, penduduk di bumi dan di langit akan doakan kita. Orang yang kita tolong sah-sah akan doakan kita. Malaikat yang melihat dan mencatat, pun akan doakan kita.

Dan kita tak akan pernah menyangka dan tahu, doa siapa di antara semua itu yang Allah akan terima. Doa siapa di antara semua itu yang Allah akan angkat dan kabulkan.

Lebih penting lagi, Allah sendiri dah jamin. Dia akan tolong kita dengan asbab pertolongan kita pada orang lain.

Cubalah.. tak cuba tak tahu kan?

Intai-intai, apa yang boleh kita buat untuk senangkan hati orang sekeliling kita. Apa kita boleh buat untuk mudahkan urusan saudara kita. Apa yang kita boleh buat untuk ringankan kesulitan orang-orang yang berhajat.

Tak banyak sikit pun jadilah. Sebab setiap sen itu Allah kira. Setiap usaha itu Allah kira. Setiap gerak hati, tangan dan kaki itu pun Allah kira.

Buat sekadar kemampuan kita. Nanti lama-lama kita akan seronok dan rasa.

Makin banyak kita tolong orang, makin banyak pula Allah akan tolong kita.

At least, kita akan rasa seronok sangat. Rasa seronok itu sebenarnya ubat bagi penyakit keluh kesah dan susah hati ☺️

Salam sejahtera semua pencari kebaikan.

Carilah kebaikan di awal pagi. Anda akan happy sehingga ke petang.

Tak minta derma atau nak pinjam duit pun… cuma minta jasa baik jika terima promosi/iklan saya di wasap minta jangan lah di report/blok sebab Anda terasa, ketenteraman di ganggu, rasa tersinggung, buat semak je inbox…etc.  Saya cuma ingin mencari rezeki dengan kemampuan dan keadaan fizikal dan kesihatan saya saja. Jika saya terhantar terlebih kali ia lah kerana tuan/puan masuk banyak sangat  group, jadi nbr tu ter-ulang .  Bukan di sengajakan.  Saya mohon maaf.   Jika tak berminat delete saja atau send tak minat.…. 🙏

  جَزَاكَ ٱللَّٰهُ خَيْرًا  Jazakallah khairan.