MADU TUALANG LEBAH LIAR

MADU TUALANG LEBAH LIAR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

TUALANG anugerah alam dari Rahmat Yang Maha Esa.


 

Madu ialah salah satu sumber makanan yang dikatakan mempunyai 1001 khasiat sehingga disebut dalam kitab Al-Quran tentang kebaikannya. Madu dihasilkan oleh sekumpulan lebah di dalam sarang mereka. Antara madu yang berkualiti tinggi ialah madu tualang iaitu madu yang dihasilkan oleh lebah tualang atau nama saintifiknya Apis dorsata

Malah beberapa kajian termasuk universiti tempatan mendapati ia mengandungi lima kali ganda lebih khasiat daripada madu lebah yang dipelihara.

Lebah spesies ini banyak berkoloni di Kawasan Asia Tenggara sehingga ke selatan India. Sarangnya bersifat terbuka dan dibina jauh dari tanah, kebiasaannya diatas pokok yang tinggi. Di Malaysia, madu tualang ini dikutip oleh pengumpul madu di kawasan sekitar hutan tropika.

Kandungan Nutrisi

Madu tualang ini dijual secara komersial dan meluas di negara kita oleh kerana khasiatnya terhadap kesihatan. Ia dikatakan baik untuk kesihatan fizikal dalaman dan luaran berdasarkan kandungan nutrisinya yang tinggi.

Kompaun Sihat

Apa yang membuatkan madu tualang dikatakan berkhasiat? Madu tualang mengandungi beberapa kandungan yang sangat diperlukan pada tubuh badan dan dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Antara kandungan tersebut adalah:

1. Mineral

Mineral yang terkandung dalam petai adalah seperti kalium, zink, kalsium dan banyak lagi. Jika dilihat pada kandungan nutrisi petai, ternyata sumber-sumber mineral ini agak tinggi terutamanya kalium dan kalsium.

Kalium adalah mineral yang penting dalam penjagaan jantung dan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai komponen anti-hypertensi, iaitu merendah dan mengawal tekanan darah serta mengawal pergerakan otot. Kalsium berfungsi dalam penjagaan kesihatan dan meningkatkan ketumpatan tulang untuk menampung pergerakan badan.

2. Kompaun bioaktif

Kompoun bioaktif selalunya berada pada tumbuhan. Menurut kajian, kompaun bioaktif ini berperanan sebagai anti-hipertensi, antioksida, anti-kanser dan banyak lagi. Pendek kata, ia mampu memberi impak positif pada penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Antara kompaun bioaktif yang terdapat pada madu tualang ialah asid fenolik terdiri daripada asid benzoik, hyacinthin, catechin, kaempferol, naringenin dan luteolin.

Ini disebabkan kepelbagaian sumber nektar yang diambil lebah hutan gergasi (apis dorsata). Lebah mengambil sumber nektar daripada pelbagai flora di hutan yang mengandungi khasiat tinggi.

 

Khasiat Madu terbukti menerusi kajian saintifik

Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989), madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang.

Secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja.

Madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli.

Seperti ramai sudah maklum akan madu merupakan salah satu dari tujuh makanan terbaik di dunia dengan ciri cirinya yang anti bakteria dan anti funginya. Madu juga memang terkenal sebagai makanan sunnah dan amat terkenal bagi semua masyarakat di dunia, madu memang jadi pilihan terutamanya di dalam masakan tidak kiralah barat atau timur.

Madu adalah sumber makanan yang terbukti dengan pelbagai manfaat terhadap kesihatan. Ia juga merupakan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W untuk penjagaan kesihatan.

Walau bagaimanapun, makanlah secara sederhana.

Pemakanan yang berlebihan termasuklah madu juga mampu memberi mudarat jika diambil berlebihan.

10 KHASIAT MADU TUALANG :

1. Aktiviti antimicrobial

• Madu tualang dapat menghalang pertumbuhan bakteria, maka ia efektif untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

2. Aktiviti antioksida

• Sumber antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia. Aktiviti antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan.

3. Membantu dalam penyembuhan luka

• Melambatkan infeksi bakteria dalam luka terutamanya bagi pesakit kencing manis.

4. Baik untuk penjagaan kesuburan

• Dapat meningkatkan kuantiti sperma dan meningkatkan beberapa hormone wanita.

5. Mengawal paras gula darah

• Madu tinggi dengan fruktosa berbanding sukrosa, maka ia sedikit sebanyak tidak terlalu cepat meningkatkan paras glukosa darah.

6. Menurunkan paras kolesterol dan lemak

• Menurunkan paras LDL dan juga trigliserida iaitu lemak ringkas yang merupakan salah satu faktor yang penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

7. Bertindak sebagai anti-radang

• Dapat melindungi daripada sinaran UV yang dapat mendorong kepada keradangan dan kerosakan DNA pada sel badan.

8. Anti-kanser

• Kandungan flavonoids iaitu salah satu bahan antioksida dalam madu tualang mempunyai fungsi yang paling utama dalam mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel abnormal kanser.

9. Penjagaan kecantikan kulit

• Lebih banyak kolagen, lebih baik struktur kulit kita ini sekali gus dapat melambatkan penuaan dan menjadi kulit nampak lebih licin serta berseri.

10. Mengawal tekanan darah

• Kandungan mineral seperti kalium yang tinggi dapat mempunyai fungsi dalam pengawalan tekanan darah dengan melancarkan perjalanan darah, membantu relaksasi otot dan merendahkan kesan sodium.